Pembangunan fizikal 2012

Sehingga Disember 2012, pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan adalah menanam pokok-pokok hutan di sekitar kawasan PIS. Pokok-pokok tersebut adalah merupakan sumbangan daripada pihak JPNJ. Sumbangan ini sangat membantu pihak PIS dalam menjayakan projek eco-trail ini. Sebanyak 80 batang pokok yang bermacam jenis telah disumbangkan oleh pihak JPNJ kepada PIS. JPNJ juga telah mencadangkan kontraktor yang akan menanam dan menjaga pokok-pokok tersebut serta melakukan penyelenggaraan sehingga 6 bulan. Sokongan dan bantuan daripada JPNJ sangat-sangat membantu dan memudahkan pihak PIS dalam menjayakan projek eco-trail ini.











Proses menanda oleh JPNJ

Proses menanda ini telah dilakukan oleh renjer daripada JPNJ untuk menanda jarak yang sesuai untuk penanaman pokok di kawasan eco-trail PIS. Jarak antara pokok mesti bersesuaian dengan ketinggian pokok yang akan di tanam. Oleh itu, dengan kepakaran daripada renjer JNPJ ini dapat membantu dalam penanaman pokok dengan jarak yang paling sesuai.





Lawatan ke Panti Bird Sanctuary

Lawatan ke Panti Bird Santuary (Suaka Burung Panti) yang dibangunakn oleh JPNJ memberi kami inspirasi tentang rekabentuk dan maklumat yang berkaitan dalam pembangunan eco-trail di Politeknik Ibrahim Sultan. Lawatan ini telah diwakili oleh Pn. Umi Khaltom (Ketua Kolaborasi), Pn. Noorafidah (Pengarah Program), Pn. Zuraidah (Setiausaha Kolaborasi) dan En. Mohd Azim (AJK Kolaborasi).








Kolaborasi dan NOU/MOU

AGENSI:  Jabatan Perhutanan Negeri Johor Nusajaya (JPNJ) 

JPNJ bekerjasama dari aspek: 
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam pemilihan dan penanaman pokok semasa pembangunan Eco Trail. 
  • Menyediakan bekalan pokok-pokok hutan yang sesuai mengikut keperluan. 
Tahun : 2012

Majlis Tandatangan NOU bersama JPNJ telah dilancarkan pada 17 Mac 2012. Perjumpaan bersama Pegawai JPNJ di PIS (30 Mei 2012) bertujuan untuk mengambil sampel tanah dan melawat tapak projek. Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) telah menyumbang sebanyak 80 batang pokok kepada PIS. Anggaran nilai bagi sebatang pokok yang telah disumbangkan oleh JPNJ adalah dalam lingkungan RM500 sehingga RM800. Pokok-pokok tersebut berjaya ditanam di sekitar kawasan PIS pada 31 Disember 2012.





Penyelidikan

Bagi tahun 2012, dua penyelidikan telah dilaksanakan dan telah dibentangkan semasa Kolokium Pendidikan Teknik & Vokasional 2012 PIS pada 6 Disember 2012.

Senarai Penyelidikan:
  • Kepentingan Pemilihan Spesis Pokok Untuk Meningkatkan Nilai Eco-system Di Eco Trail Politeknik Ibrahim Sultan 
  • Cadangan Penggunaan Tenaga Solar Photovoltaic (PV) Sebagai Kelestarian Sumber Tenaga Alternatif Pada Lampu Dan Pokok Hiasan Led Di Kawasan Mercu Tanda Projek Eco Trail Politeknik Ibrahim Sultan