Posted by
Unknown
comments (0)
Sehingga Disember 2012, pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan adalah menanam pokok-pokok hutan di sekitar kawasan PIS. Pokok-pokok tersebut adalah merupakan sumbangan daripada pihak JPNJ. Sumbangan ini sangat membantu pihak PIS dalam menjayakan projek eco-trail ini. Sebanyak 80 batang pokok yang bermacam jenis telah disumbangkan oleh pihak JPNJ kepada PIS. JPNJ juga telah mencadangkan kontraktor yang akan menanam dan menjaga pokok-pokok tersebut serta melakukan penyelenggaraan sehingga 6 bulan. Sokongan dan bantuan daripada JPNJ sangat-sangat membantu dan memudahkan pihak PIS dalam menjayakan projek eco-trail ini.
Posted by
Unknown
comments (0)
Proses menanda ini telah dilakukan oleh renjer daripada JPNJ untuk menanda jarak yang sesuai untuk penanaman pokok di kawasan eco-trail PIS. Jarak antara pokok mesti bersesuaian dengan ketinggian pokok yang akan di tanam. Oleh itu, dengan kepakaran daripada renjer JNPJ ini dapat membantu dalam penanaman pokok dengan jarak yang paling sesuai.
Posted by
Unknown
comments (0)
Lawatan ke Panti Bird Santuary (Suaka Burung Panti) yang dibangunakn oleh JPNJ memberi kami inspirasi tentang rekabentuk dan maklumat yang berkaitan dalam pembangunan eco-trail di Politeknik Ibrahim Sultan. Lawatan ini telah diwakili oleh Pn. Umi Khaltom (Ketua Kolaborasi), Pn. Noorafidah (Pengarah Program), Pn. Zuraidah (Setiausaha Kolaborasi) dan En. Mohd Azim (AJK Kolaborasi).
Posted by
Unknown
comments (0)
AGENSI: Jabatan Perhutanan Negeri Johor Nusajaya (JPNJ)
JPNJ bekerjasama dari aspek:
- Memberi khidmat nasihat teknikal dalam pemilihan dan penanaman pokok semasa pembangunan Eco Trail.
- Menyediakan bekalan pokok-pokok hutan yang sesuai mengikut keperluan.
Tahun : 2012
Majlis Tandatangan NOU bersama JPNJ telah dilancarkan pada 17 Mac 2012. Perjumpaan bersama Pegawai JPNJ di PIS (30 Mei 2012) bertujuan untuk mengambil sampel tanah dan melawat tapak projek. Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) telah menyumbang sebanyak 80 batang pokok kepada PIS. Anggaran nilai bagi sebatang pokok yang telah disumbangkan oleh JPNJ adalah dalam lingkungan RM500 sehingga RM800. Pokok-pokok tersebut berjaya ditanam di sekitar kawasan PIS pada 31 Disember 2012.
Posted by
Unknown
comments (0)
Bagi tahun 2012, dua penyelidikan telah dilaksanakan dan telah dibentangkan semasa Kolokium Pendidikan Teknik & Vokasional 2012 PIS pada 6 Disember 2012.
Senarai Penyelidikan:
Senarai Penyelidikan:
- Kepentingan Pemilihan Spesis Pokok Untuk Meningkatkan Nilai Eco-system Di Eco Trail Politeknik Ibrahim Sultan
- Cadangan Penggunaan Tenaga Solar Photovoltaic (PV) Sebagai Kelestarian Sumber Tenaga Alternatif Pada Lampu Dan Pokok Hiasan Led Di Kawasan Mercu Tanda Projek Eco Trail Politeknik Ibrahim Sultan
Posted by
Unknown
comments (0)
Kawasan yang akan dibangunkan untuk Eco-trail
Kawasan yang dicadangkan untuk dibangunkan menjadi eco-trail adalah bersebelahan dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan berdekatan dengan asrama pelajar.
Pembangunan Infra
1.Penyelenggaraan pokok-pokok yang dipindahkan
•Penanaman pokok-pokok herba, getah dan kelapa sawit
•Pokok-pokok lanskap
2.Kerja-kerja mendalam dan melebarkan monsoon drain menjadi tasik buatan
•Kerja-kerja membina rubble wall
•Empangan untuk sumber air
•Membina control system dan water treatment system
•Menanam tumbuhan rumput penuras air
3.Membina trail – jogging track di sekeliling tasik buatan
4. Membina kemudahan rekreasi lain
•Wakaf
•Maze garden
•Amphitheatre
•Gallery
•Outdoor sport equipments
•Lanskap
Cadangan kemudahan dan aktiviti sekitar kawasan Eco-trail
• Asas Laluan (trail)
•Pondok Wakaf (Hut)
•Petanda maklumat
•Petanda tunjuk arah
•Check point pengukuran tahap kecergasan
Aktiviti:
•Berjalan kaki/jogging
•Berbasikal
•Tai Chi
•Penyelidikan (Biodiversity study mengenai flora dan fauna , kualiti air, aktiviti sukan dan lain-lain)
Cadangan rekabentuk konsep
Konsep perancangan rekabentuk landskap eco trail ini menekankan 4 aspek utama iaitu; fungsi, visual, psikologi dan ekologi. Kesemua elemen dalam aspek ini dipadankan dan dirangkumkan dengan ciri-ciri landskap kontemporari, untuk mewujudkan satu kawasan rekreasi yang mesra persekitaran (comfortable environmental) serta dapat memberikan satu pengalaman tersendiri bagi setiap aktiviti yang dilalui.
Ciri-ciri rekabentuk
Rekabentuknya bercirikan rekabentuk yang ringkas (simplicity in design) dan kontemporari dengan berlandaskan konsep yang telah dipilih. Bagi menepati konsep tersebut beberapa aspek telah digunapakai;
•Tanaman herba
•Tanaman buahan
•Tanaman akuatik
•Tanaman pokok utama & renek
•Sumber tenaga semulajadi-panel suria, kincir air atau angin dan sebagainya.
•Barangan kitar semula (recycled) bagi binaan seperti decking, trellises, pebble walking trail atau jogging trail dan landscape features
•Landskap kejur (hard landscape)
•Bebola lumpur mikro organism ekektif (EM Ball)-bahan memulihkan kualiti air secara bioteknologi dan semulajadi serta berkos rendah.
•Wakaf/Gazebo
•Mercu tanda – sebagai focal point
•Amphitheaters – ruang berkumpul & beraktiviti
Posted by
Unknown
comments (0)
Projek Eco Trail merupakan salah satu sub projek Penjenamaan semula PIS 2012 di bawah projek Komuniti/ Persekitaran. Projek ini merupakan suatu inisiatif untuk melestarikan persekitaran (Environmental Sustainability) di PIS. Mentransformasikan sebuah kawasan di sekitar saliran (monsoon-drain) sepanjang 1.2 km kepada eco trail yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti PIS dan masyarakat setempat. Ia menyumbang kepada sikap mencintai alam sekitar, mewujudkan kawasan rekreasi dan sukan terutamanya aktiviti jogging dan berbasikal.
Objektif khusus:
•Penjenamaan Politeknik Ibrahim Sultan
•Kelestarian Politeknik Ibrahim Sultan
Objektif Projek Eco Trail:
•Menjadi sebagai sumber rujukan pemuliharaan alam sekitar kepada agensi/ institusi negeri Johor
•Menjalinkan hubungan kerjasama antara Politeknik & industri
•Mewujudkan persekitaran semulajadi untuk aktiviti rekreasi kepada komuniti setempat
•Menjadi sumber inspirasi dan keselesaan kepada pelajar
Tempoh projek:
•Fasa 1 : Jan 2012 – Dis 2012
•Fasa 2 : Jan 2013 – Dis 2013
•Fasa 3 : Jan 2014 – Dis 2014
•Fasa 4 : Jan 2015 – Dis 2015
Tempoh projek:
•Fasa 1 : Jan 2012 – Dis 2012
•Fasa 2 : Jan 2013 – Dis 2013
•Fasa 3 : Jan 2014 – Dis 2014
•Fasa 4 : Jan 2015 – Dis 2015
Faktor pemangkin:
• Membangunkan satu rangkaian ‘trail’ hutan yangmampu mempromosikan PIS sebagai sebuah kawasan konservasi yang memberi faedah kepada umum.
• Mencetuskan dan membentuk sikap masyarakat yang positif terhadap penjagaan alam sekitar.